Thursday, May 21, 2009

nota kuliah #004

nota kuliah #004
Kuliah Subuh Surau at-Taqwa -- Doa adalah Ibadah -- 17.08.08 Ust Syed Norhisham

Ustaz Syed Norhisham menyampaikan peringatan pendek pada Kuliah Subuh kali ini.
Berikut ialah beberapa catatan ringkas tentang tajuk pada kuliah tersebut:

a- "Dan Tuhan kamu berfirman, berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa kamu" Surah Al-Ghafir Ayat 60.
b- Jelas di sini bahawa kita semua di tuntut supaya berdoa kepada Allah kerana Allah akan perkenankan permintaan kita itu.
c- Walaubagaimanapun di sana terdapat ramai dari kalangan kita yg bertanya kenapakah doa kita tidak di makbulkan?

d- Diantara syarat-syarat supaya doa di terima:
i. Yakin
- Allah mendengar permohonan kita
- Allah tidak mensia-siakan permintaan kita
ii. Khusuk
- sepenuh hati mengharap
- sepenuh hati merendah diri
- faham apa yg dipinta
iii. Tidak Gopoh
- jgn berputus asa
- jgn bersungut
iv. Makanan/Minuman/Sumber Kewangan mestilah dari yang halal

e- Insya Allah apabila kita telah mengikut syarat-syarat tertentu di dalam berdoa, permintaan kita tentu akan dimakbulkan oleh Allah. Cumanya kita tidak mengetahu bilakan doa itu akan diperkenankan sama'ada sekarang atau kemudian atau di akhirant nanti.

Wallahu a'lam

No comments: