Friday, June 27, 2008

Belajar Bahasa Arab #002

Kelas Bahasa Arab yg saya ikuti sekarang ini telah di olah begiturupa oleh pengajarnya supaya pelajar-pelajar akan lebih mudah memahami. Teknik pembelajaran seperti 'menghafal' tidak ditekankan sebaliknya teknik yang dipanggil 'berulang-ulang' (repetition) yg digunakan.
Setakat ini saya telah mempelajari beberapa perkara asas yg penting berkenaan Bahasa Arab. Secara ringkas, bahasa ini mengandungi 3 perkara utama iaitu Kata Nama (Isim), Kata Kerja (Fi'il), dan Haraf. Apabila sesuatu perkataan itu jatuh dalam kategori Kata Nama atau Kata Kerja, maka perkataan itu mesti di kenal pasti tentang jantinanya, tentang jumlahnya, dan tentang dhomirnya. Perkataan yg tergolong dalam kategori Kata Kerja pula, perkataan itu mesti dikenali tentang bentuk Kata Kerjanya sama'ada ia adalah Mudhoreq (sekarang & akan datang), Madhi (lepas), atau Amar (suruhan).

Wednesday, June 25, 2008

Belajar Bahasa Arab

Bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran. Oleh kerana itu mempelajari bahasa ini sangat digalakkan. Alhamdulillah saya berpeluang utk mempelajari bahasa ini dengan mengikuti kelas mingguan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat di Shah Alam. Kelas yang dianjurkan selama 2 jam setiap minggu ini berupaya memberikan saya sedikit kefahaman tentang bahasa al-Quran. Yang menarik tentang kelas yang saya ikuti ini ialah tiada nota diperlukan, tiada peperiksaan diadakan, dan tiada kerja rumah (homework) dilaksanakan. Juga tiada buku teks diperlukan.

Tuesday, June 3, 2008

setahun

sudah lebihkurang setahun lamanya saya bekerja dengan syarikat jepun ini. syarikat yg beribupejabat di tokyo tetapi mempunyai pejabat pejabat di serata dunia ini memang agak mengkagumkan berbanding dengan syarikat-syarikat tempatan yg pernah saya bekerja dengannya. pejabat di malaysia ini lebih merupakan kepada jabatan yg bertanggungjawab untuk mendapatkan tender tender projek samaada di malaysia atau di timur tengah dan afrika utara. jabatan kami bertanggungjawab untuk membuat proposal atau cadangan dari segi teknikal dan sebutharga. setakat ini kami telah menghantat beberapa proposal projek di timur tengah.