Tuesday, December 16, 2008

belajar bahasa arab #009

Adakah dengan pergi ke sebuah negara arab untuk belajar bahasa arab secara insentif selama katakan 2 bulan akan memberikan sedikit kelebihan kepada sesiapa yg berminat untuk mendalami bahasa arab? saya merasakan mungkin ini boleh membantu kerana sekurang kurangnya di negara arab tersebut kita terpaksa menuturkan bahasa arab itu kerana mereka sudah tentu tidak memahami bahasa kita.
Jadi adakah sesiapa di luar sana yang telah melakukannya? Maksud saya pergi ke negara arab dan belajar bahasa arab itu secara insentif?
Anak saya di Jordan pernah memberitahu saya pada musim panas banyak kelas kelas bahasa arab yg di jalankan kerana permintaan yg agak banyak dari para pelajar bukan arab utk mempelajarai bahasa ini.
Mungkin saya juga turut berminat utk mencubanya..tgklah jika ada rezeki mungkin saya akan ke salah satu negara tersebut

Tuesday, December 2, 2008

Belajar Bahasa Arab #008

Kelas bahasa arab di uitm utk semester akan datang belum lagi di iklankan. Saya bercadang utk mengambil lagi kelas tersebut..siri ke 2.. setelah berjaya mengikuti siri pertama semester lepas...walaupun kelihatan tak banyak pun perubahan terhadap bahasa arab saya ini tp mungkin dgn mengikuti kelas siri kedua ini pengetahuan bahasa arab saya akan bertambah. Apapun menurut pandangan Imam Ibn Taimiyyah, mengetahui bahasa arab ini adalah fardu.

Wednesday, September 24, 2008

Monday, September 22, 2008

Wednesday, July 30, 2008

Belajar Bahasa Arab #004 - Al Ismu

Al Ismu ialah kata nama yang menunjukkan benda, terdiri drpd beberapa jenis seperti yg di bawah
a- Nama Manusia (insan) contoh Ibrahim
b- Nama Haiwan (hayawan) contoh Kuda
c- Nama Tumbuhan (nabat) contoh Kurma
d- Nama Benda Mati (jamad) contoh Air
e- Nama Tempat (makan) contoh Madinah
f- Keterangan Waktu (zaman) contoh Hari
g- Keterangan Sifat (Sifat) contoh Cantik
h- Kata kerja yg di bendakan (masdar) contoh Pembukaan


Semua kata benda ini jika di tinjau dari segi jenisnya terbahagi dua samaada Muzakkar atau Muannas. Kata benda ini juga terbahagi kepada tiga bahagian dari segi jumlahnya iaitu samada tunggal, berdua, atau ramai.

Contoh kata benda bagi manusia yg jenis muzakkar ialah Ibrahim dan yg jenis muannas ialah Fatimah. Jenis yg muannats biasanya boleh dikenali jika ia berakhir dgn huruf ta marbutah contohnya madrasah. Benda yg berpasangan juga adalah muannas contoh ainun (mata), yadun (tangan) dan yg jamak taksir (jamak yg tidak berperaturan spt kutubun (buku-buku) adalah juga perkatan berjenis muannas.

Di dalam alQuran banyak terdapat perkataan yg berjenis muzakkar atau muannas contohnya perkataan jannah (muannas), radhiah (muannas), kafirun (muzakkar) dan seterusnya.

Wasallam

Friday, July 25, 2008

Belajar Bahasa Arab #003 - Haraf

Satu lagi aspek penting dalam Bahasa Arab ialah Haraf atau Kata Sendi. Haraf ialah huruf yg mempunyai makna contohnys seperti huruf 'wau' yg bermaksud 'dan' . Huruf 'wau' ini jika di letakkan di antara dua perkataan ia akan di baca sebagai 'wa' . Contohnya perkataan "bulan dan matahari" , di dalam bahasa Arab di tulis sebgai "as-shams wa al-qamar".

'Haraf' tidak perlu di kenal pasti akan jantinanya, akan jumlahnya, dan akan dhomirnya. 'Haraf' ini mengandungi beberapa kategori seperti Haraf Jar, Haraf Taukid, Haraf Nasab, Haraf Athof etc.

Sebenarnya memepelajari Bahasa Arab secara harfiah ini memang seronok dan mudah di fahami. Rujukan utama kelas ini ialah Al-Quran itu sendiri. Dengan menggunakan al_Quran ini sebagai rujukan utama, secara tak langsung kita akan dapat memahami al-Quran itu. Bak kata pepatah Melayu serampang dua mata, sambil menyelam minum air.

Wasallam

Friday, June 27, 2008

Belajar Bahasa Arab #002

Kelas Bahasa Arab yg saya ikuti sekarang ini telah di olah begiturupa oleh pengajarnya supaya pelajar-pelajar akan lebih mudah memahami. Teknik pembelajaran seperti 'menghafal' tidak ditekankan sebaliknya teknik yang dipanggil 'berulang-ulang' (repetition) yg digunakan.
Setakat ini saya telah mempelajari beberapa perkara asas yg penting berkenaan Bahasa Arab. Secara ringkas, bahasa ini mengandungi 3 perkara utama iaitu Kata Nama (Isim), Kata Kerja (Fi'il), dan Haraf. Apabila sesuatu perkataan itu jatuh dalam kategori Kata Nama atau Kata Kerja, maka perkataan itu mesti di kenal pasti tentang jantinanya, tentang jumlahnya, dan tentang dhomirnya. Perkataan yg tergolong dalam kategori Kata Kerja pula, perkataan itu mesti dikenali tentang bentuk Kata Kerjanya sama'ada ia adalah Mudhoreq (sekarang & akan datang), Madhi (lepas), atau Amar (suruhan).

Wednesday, June 25, 2008

Belajar Bahasa Arab

Bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran. Oleh kerana itu mempelajari bahasa ini sangat digalakkan. Alhamdulillah saya berpeluang utk mempelajari bahasa ini dengan mengikuti kelas mingguan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat di Shah Alam. Kelas yang dianjurkan selama 2 jam setiap minggu ini berupaya memberikan saya sedikit kefahaman tentang bahasa al-Quran. Yang menarik tentang kelas yang saya ikuti ini ialah tiada nota diperlukan, tiada peperiksaan diadakan, dan tiada kerja rumah (homework) dilaksanakan. Juga tiada buku teks diperlukan.

Tuesday, June 3, 2008

setahun

sudah lebihkurang setahun lamanya saya bekerja dengan syarikat jepun ini. syarikat yg beribupejabat di tokyo tetapi mempunyai pejabat pejabat di serata dunia ini memang agak mengkagumkan berbanding dengan syarikat-syarikat tempatan yg pernah saya bekerja dengannya. pejabat di malaysia ini lebih merupakan kepada jabatan yg bertanggungjawab untuk mendapatkan tender tender projek samaada di malaysia atau di timur tengah dan afrika utara. jabatan kami bertanggungjawab untuk membuat proposal atau cadangan dari segi teknikal dan sebutharga. setakat ini kami telah menghantat beberapa proposal projek di timur tengah.

Tuesday, January 29, 2008

Susu Unta


Salah satu pengalaman menarik yg saya alami semasa di tanah suci Mekah ialah tentang susu unta. Sebenarnya semasa di Malaysia saya tidak pernah mendegar tentang kelebihan susu unta yg saya pernah dengar ialah tentang hati unta di mana ianya dikatakan boleh menjadi penawar kepada yg berpenyakit lelah. Apapun susu unta memang agak asing di Malaysia tapi di Arab Saudi ia menjadi minuman harian. Mengapakah susu unta begitu diminati oelh orang orang Arab?

a) Camel milk magic - myth or marvel?

Anti-infection, anti-cancer, anti-diabetes: these are bold claims to make about any substance, but scientific and commercial interest is growing in such claims that have long been made about the milk of camels. Camels are kept in over a hundred countries, and from Mongolia to Morocco there are traditional sayings or practices in which the alleged healing properties of camel milk and milk products are shared and passed from generation to generation. But are the healing properties of camel milk all myth, or can they be proved and provide a bright future for camel dairying?

"I have studied camels in many countries," says Bernard Faye of the France-based research organisation CIRAD (Centre de coopération internationale en recherche agronomique pour le développement).Camel milk traded at market "From the Rift Valley of Africa to Central Asia you often hear it said that camel milk can cure; diabetes, tuberculosis, stomach ulcers, gastro-enteritis, cancer are all claimed to be cured." Not surprisingly, scientists have attempted to verify or disprove the claims. What they have found is that there appears to be some scientific basis for some of the claimed cures, but that the experimental design has not always been sound. Essentially, there are two ways to test the curative capacity of camel milk. First is to have a rigorous experimental procedure and, with humans, double blind trials. The second is to have more information on the constituents of camel milk, specifically the components which could be responsible for the claimed medical properties.

di petik dari - http://www.new-agri.co.uk/05-1/focuson/focuson5.html

B) Camels' milk could hit UK shelves
Camel train

Camels' milk could become the latest super food to hit the shelves of health food shops and upmarket retailers.

The United Nations is calling for the milk, which is rich in vitamins B and C and has 10 times more iron than cow's milk, to be sold to the West.

Camels' milk, which is slightly saltier than traditional milk, is drunk widely across the Arab world and is well suited to cheese production.

As well as its high mineral and vitamin content, research has suggested that antibodies in camels' milk can help fight diseases like cancer, HIV/Aids Alzheimer's and hepatitis C.
A spokeswoman for the British Nutrition Foundation said: "Camels' milk could be a useful addition to the diet as it contains calcium and B vitamins and is lower in saturated fat than cow's milk.

dipetik dari - http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/4930094.stm

C) Dalil hadith# 66, dari Anas ra:

Terjemahnya (versi al-Bukhari-Muslim): “Bahawa serombongan lelaki dari bani Ukal atau `Urainah (kaum Baduwi) datang ke Madinah dan mereka tidak serasi dengan cuaca kota Madinah. Maka Nabi saw menyuruh mereka mengikut seorang pengembala unta (Madinah), supaya diberi minum susu unta dan kencingnya dan tinggal dipinggir (kota) Madinah. Mereka mengikuti apa yg diperintahkan, setelah minum susu unta dan kencingnya, mereka menjadi sihat.”

dipetik dari : http://www.al-ahkam.net/home//print.php?sid=15553

D) Tahukah anda, susu unta dapat mempercantik wajah?

saliran dari: www.eramuslim.com

Jika melihat sosoknya, unta sepertinya bukan hewan yang bisa dijadikan sebagai model ideal untuk sebuah produk kecantikan. Punggungnya bergelombang, wajahnya berbulu dan baunya tubuhnya kurang sedap. Tapi siapa nyana, hewan ini ternyata bisa mempercantik kulit kaum hawa, karena susunya bisa digunakan sebagai bahan pembuat kosmetik.

Itulah yang mendorong Nancy Abdurahman, warga Mauritania, membuka usaha peternakan unta. Menurutnya, susu unta mengandung banyak vitamin yang bisa membersihkan tubuh dari luar dan dalam.

"Susu unta memberikan anda kulit yang indah, " kata Nancy, wanita kelahiran Inggris yang mulai membuka usaha komersil susu unta pertama di Afrika pada 1989. Saat ini ia sedang merintis kemungkinan untuk mengolah susu unta sebagai bahan komestika.......


Kesimpulan:
Maka inilah beberapa sebab yg menjadikan mengapa susu unta semakin popular di dunia barat dan arab....di malaysia takde ke pengusaha susu unta?


-- Sedang minum susu unta segar