Thursday, May 21, 2009

nota kuliah #003

nota kuliah #003
Kuliah Maghrib Surau at-Taqwa -- Jihad -- 14.02.09 Ustaz Zawawi

Ustaz Zawawi mengulas tentang tajuk Jihad pada kuliah maghrib kali ini.
Berikut ialah sedikit sebanyak nota yang di catat pada kuliah tersebut:

a- Erti Jihad pada kontek yang umum ialah melakukan apa sahaja dgn bersungguh-sunguh untuk menegakkan kalimah Allah.

b. Contoh jihad pada kontek yang umum ini termasuk melibatkan diri dalam
i. pendidikan,
ii. harta,
iii. politik & ekonomi, dan
iv. da'wah.

c. Termasuk dalam Jihad Ekonomi itu ialah menyumbangkan harta kepada institusi jihad dan melemahkan ekonomi musuh dgn memboikot barangan mereka.

d- Erti Jihad pada kontek yang khusus ialah perang pada jalan Allah

e- Antara syarat wajib jihad ialah:
i. islam
ii. mukallaf
iii. lelaki
iv. kebenaran dari ibubapa
v. izin drp orang yg beri hutang

Wallahu a'lam

No comments: