Tuesday, May 5, 2009

Kerjaya #003

Berbagai Jenis Projek di dalam Bidang Pembinaan

Bidang Pembinaan sangat luas. Bermacam-macam jenis projek terdapat di dalam bidang ini. Ada yang berskala besar dan ada pula yang kecil sahaja. Di antaranya ialah:

a- infrastruktur awam
i. jambatan
ii. jalanraya/lebuhraya
iii. lapangan terbang
iv. parit dan saliran

b- bangunan
i. rumah kediaman
ii. bangunan perdagangan
iii. bangunan pencakar langit
iv. bangunan industri kilang

c- kejuruteraan
i. empangan
ii. janakuasa elektrik
iii. lapangan terbang
iv. pelabuhan

d- lain-lain
i. institusi pendidikan
ii. hospital
iii. pembangunan bercampur
iv. stadium
v. dan lain lain

Di dalam sesebuah negara yang sedang pesat membangun, seperti negara kita Malaysia, bermacam-macam projek pembinaan dilaksanakan setiap tahun. Projek-projek ini dibiayai oleh pihak kerajaan atau pihak swasta. Projek seperti pembinaan institusi pendidikan atau hospital atau jalanraya biasanya dibiayai oleh kerajaan sementara projek seperti pembangunan bercampur atau bangunan pencakar langit biasanya dibiayai oleh pihak swasta.

Peluang-peluang pekerjaan dalam bidang pembinaan ini sentiasa terbuka luas.

No comments: