Tuesday, April 14, 2009

Umum #001

Blog ini sudah berusia dua tahun teapi saya jarang mengemaskininya. Bermula hari ini saya akan cuba untuk mengemaskini blog ini seberapa kerap yang mungkin. Saya akan menulis di dalam bentuk 'jurnal' di mana setiap tulisan saya akan berkisar kepada sesuatu tajuk yang saya minat dan mengetahuinya.
Berikut ialah beberapa cadangan tajuk tulisan saya:
a- bahasa arab
b- kerjaya (di bidang pembinaan)
c- nota kuliah
d- basikal
e- kembara
f- umum
Berikut pula ialah antara cadangan isi setiap tajuk tersebut
a- bahasa arab -- saya akan utarakan tentang pengalaman saya mempelajari bahasa arab dan beberapa faedah yg saya dapati daripadanya. Sebenarnya saya tidak pandai berbahasa arab, cuma saya sedang mempelajarinya sekarang.
b- kerjaya (di bidang pembinaan) -- oleh kerana saya bekerja di dalam bidang ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang kerjaya ini supaya ia bermanfaat kepada semua yg berkenaan.
c- nota kuliah --- setiap minggu saya menghadiri program kuliah maghrib dan/atau subuh di surau berhampiran rumah saya. Saya akan mencatat nota-nota semasa kuliah tesebut dan kemudian saya akan menulisnya di blog ini.
d- basikal --- mengayuh basikal adalah suatu pengalaman yang menarik, oleh itu ia amat sesuai di ketengahkan.
e- kembara --- saya pernah mengembara ke luar daerah / negara, jadi saya rasa amat baik jika saya boleh kongsikan pengalaman tersebut
f- umum -- isu-isu semasa yg boleh menjadi pengajaran kepada kita.

Saya rasa mmemang cukup banyak bahan bahan penulisan ini, saya cuba untuk mengolahnya supaya ia dapat di jadikan suatu artikel yang boleh di baca bersama.

Moga-moga saya akan di beri kekuatan mental dan fizikal untuk menulis.

No comments: