Thursday, April 16, 2009

nota kuliah #001

Kuliah Maghrib pada hari Rabu 15 April 2009 menampilkan Ust Azrul Hakim sebagai
penceramah nya dan beliau telah mengupas tajuk 'Perjanjian Aqabah Pertama'
berpandukan kepada sebuah buku yg bertajuk Fiqh us Sirah hasil nukilan Dr Said
Ramadan Al Buti.

Perjanjian Aqabah Pertama (juga dikenali sebagai Perjanjian an-Nisa') telah
berlangsung pada tahun 621M. Di namakan Perjanjian Aqabah kerana perjanjian ini
di lakukan di sebuah tempat yg bernama Aqabah.

Berikut ialah antara isi kandungan perjanjian tersebut:
a- tidak menyengutukan Allah
b- tidak mencuri
c- tidak berzina
d- tidak membunuh anak perempuan
e- tidak melakukan dosa yg pernah dilakukan sebelum itu
f- tidak menderhaka kepada Nabi s.a.w

Jika mereka memenuhi syarat syarat yg dinyatakan itu, maka balasannya adalah
syurga tetapi jika mereka mengingkatinya, maka terpulang kepada Allah sama'ada
akan menghukum mereka atau mengampunkan mereka.

Maka 12 orang pemuda Madinah itu pun berjanji akan taat setia kepada Rasulullah
s.a.w dan bersetuju untuk memenuhi syarat-syarat perjanjian tersebut.

Kemudian Musa'ab bin Umair pun di hantar ke Madinah untuk mengajar org-org
Madinah tentang Islam.

Wallahua'lam

No comments: