Friday, April 17, 2009

Kerjaya #001

Kerjaya #001 - Pengenalan

Saya telah bekerja di dalam bidang pembinaan (construction industry) semenjak tahun 1989 lagi. Setelah hampir 20 tahun bekerja, saya dapati bidang ini merupakan satu bidang kerjaya yang sangat mencabar. Saya ingin menceritakan serba sedilkit tenang kerjaya yang saya ceburi ini untuk tatapan anda semua, moga-moga ia dapat memberi sedikit sebanyak maklumat dan panduan kepada anda.

Kerjaya ini sebenarnya telah bermula sejak ribuan tahun dahulu. Misalnya di zaman Mesir Lama, firaun telah membina piramid. Di China, mereka telah membina sebuah tembok besar merentasi negeri mereka. Pendek kata, kerjaya ini telah bertapak dengan begitu lama sekali.

Bidang pembinaan ini mempunyai beberapa bahagian yang berbeza tetapi saling kait mengait. Pertama ialah pemilik (client/owner), kedua ialah akitek (architect), ketiga ialah jurutera perunding (consulting engineer), keempat ialah juru ukur bahan (quantity surveyor), kelima ialah pemborong (contractor), dan keenam ialah pihak berkuasa tempatan (local authority). Masing-masing bahagian mempunyai peranan yang tersendiri.

Oleh kerana saya bekerja dengan syarikat pembinaan, maka tulisan saya banyak berkisar dari sudut pandangan kontraktor.

Ada beberapa fasa tertentu yang perlu di lalui sebelum sesuatu projek pembinaan itu terlaksana. Berikut ialah fasa tersebut:
a- fasa perancangan (planning phase)
b- fasa rekabentuk (design phase)
c- fasa pembinaan (construction phase)
d- fasa penutup (close-out phase)

No comments: