Friday, April 24, 2009

Basikal #001

Budaya Basikal (Bike Culture)

Pada suatu masa dahulu, basikal merupakan salah satu alat pengangkutan yang sangat popular di negara kita. Basikal digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah untuk mereka ke sekolah pada setiap hari. Ia juga digunakan oleh orang dewasa untuk ke tempat kerja mereka atau untuk ke pasar membeli belah. Walau bagaimanapun, sekarang basikal sebagai alat pengankutan telah digantikan oleh sama'ada motorsikal atau kereta atau alat pengangkutan awam (bas, lrt, dll) yang lain.

Sekarang, kebanyakan orang berbasikal untuk tujuan hobi atau rekreasi atau bersukan. Hanya segelintir sahaja yang menggunakan basikal sebagai alat pengangkutan untuk mereke ke tempat kerja. Di tempat saya tinggal misalnya, saya dapati beberapa orang pekerja kilang sahaja yang mengunakanya sebagai alat pengangkutan.

Saya pun tidak terkecuali. Dahulu saya tidak pernah berbasikal untuk ke tempat kerja. Seingat saya, saya hanya menggunakan basikal semasa bersekolah di sekolah rendah sahaja, Semasa saya di sekolah menengah, saya tidak lagi berbasikal, sebaliknya saya menaiki bas. Pada ketika itu, saya hanya berbasikal apabila ingin pergi ke pekan atau ke tempat-temnpat yang berhampiran.

Sekarang saya ingin berbasikal semula. Saya ingin jadikan berbasikal sebagai satu budaya yang baru. Saya ingin jadikan ia sebagai satu alat pengangkutan pilihan. Jika saya mahu ke kedai yang berdekatan drngan rumah saya, saya akan berbasikal. Jika saya mahu ke surau atau masjid, saya akan berbasikal. Jika saya mahu melakukan riadhah, saya juga berbasikal.

Sekarang saya tidak lagi berkereta apabila pergi ke tempat kerja saya sebaliknya saya menggunakan kemudahan pengangkutan awam (ktm, lrt, monorail). Untuk pergi ke stesen ktm yang berhampiran, saya berbasikal. Saya dapati ada beberapa orang yang berbasikal untuk ke stesen ktm itu.

Sebenarnya ada beberapa kelebihan yang kita perolehi jika kita gunakan basikal sebagai alat pengangkutan pilihan. Antaranya ialah seperti berikut:
a- sebagai suatu senaman
b- tidak menyebabkan pencemaran alam (kerana tiada asap yg dikeluarkan)
c- tidak perlu tempat parking yang luas
d- tidak perlu membayar 'parking fee'
e- tidak perlu mengisi minyak petrol/diesel
f- menjimatkan masa perjalanan
g- tidak perlu membayar 'toll charge'
h- tidak perlu membayar cukai jalan
i- tidak perlu kos penyelengaraan bulanan (tiada 'minyak hitam' yang perlu diganti, dll)
j- alat gantian yang berharga rendah (tube basikal hanya rm12 sahaja)

No comments: