Tuesday, June 3, 2008

setahun

sudah lebihkurang setahun lamanya saya bekerja dengan syarikat jepun ini. syarikat yg beribupejabat di tokyo tetapi mempunyai pejabat pejabat di serata dunia ini memang agak mengkagumkan berbanding dengan syarikat-syarikat tempatan yg pernah saya bekerja dengannya. pejabat di malaysia ini lebih merupakan kepada jabatan yg bertanggungjawab untuk mendapatkan tender tender projek samaada di malaysia atau di timur tengah dan afrika utara. jabatan kami bertanggungjawab untuk membuat proposal atau cadangan dari segi teknikal dan sebutharga. setakat ini kami telah menghantat beberapa proposal projek di timur tengah.

No comments: