Friday, June 27, 2008

Belajar Bahasa Arab #002

Kelas Bahasa Arab yg saya ikuti sekarang ini telah di olah begiturupa oleh pengajarnya supaya pelajar-pelajar akan lebih mudah memahami. Teknik pembelajaran seperti 'menghafal' tidak ditekankan sebaliknya teknik yang dipanggil 'berulang-ulang' (repetition) yg digunakan.
Setakat ini saya telah mempelajari beberapa perkara asas yg penting berkenaan Bahasa Arab. Secara ringkas, bahasa ini mengandungi 3 perkara utama iaitu Kata Nama (Isim), Kata Kerja (Fi'il), dan Haraf. Apabila sesuatu perkataan itu jatuh dalam kategori Kata Nama atau Kata Kerja, maka perkataan itu mesti di kenal pasti tentang jantinanya, tentang jumlahnya, dan tentang dhomirnya. Perkataan yg tergolong dalam kategori Kata Kerja pula, perkataan itu mesti dikenali tentang bentuk Kata Kerjanya sama'ada ia adalah Mudhoreq (sekarang & akan datang), Madhi (lepas), atau Amar (suruhan).

No comments: