Tuesday, May 5, 2009

nota kuliah #002

5. nota kuliah #002
Kuliah Maghrib Surau at-Taqwa -- Iman & Taqwa -- 11.01.09 Ustaz Farid Ravi

Ustaz Farid Ravi, pensyarah di KUIS, Bangi telah meluangkan masa beliau untuk memberikan sedikit pengisian ilmu pada kuliah kali ini. Berikut ialah beberapa perkara yang beliau kupas:-

a- Umat Nabi Muhammad saw merupakan umat yang amat beruntung kerana:
i. umat yang paling awal di adili pada hari Kiamat kelak
ii. tidak ada bencana besar yang diturunkan di dunia kepada umat ini
iii. diturunkan sebuah kitab al-Quran sebagai panduan hidup

b- Taqwa itu terdiri dari empat (4) perkara:
i. takut pada Allah
ii. syukur kepada Allah
iii. baca al-quran dan mengamalkan nya
iv. sentiasa bersiap sedia utk bertemu Allah

c- Cara untuk mendapatkan iman dan takwa
i. baca dan fahami al-quran kerana di sana terdapat banyak kesah-kesah tentang umat terdahulu juga kesah-kesah tentang hari akhirat juga kesah-kesah tentang penciptaan Allah di dunia ini yang mana semua ini membolehkan kita untuk merasai akan kebesaran Allah dan seterusnya dapat merasai manisnya iman itu
ii. kita hendaklah mengatur segala aspek kehidupan kita di dunia ini berlandaskan segala peraturan agama dengan menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram
iii. menggunakan segala nikmat yang Allah bagi kepada kita pada jalan yang diredhai misalnya diberikan kita mata maka gunakanlah untuk melihat akan kebesaran penciptaan Allah
iv. jauhilah penyakit yang dipanggil 'cintakan dunia, takutkan mati' kerana penyakit ini akan melalaikan kita dari mengerjakan suruhan Allah kerana sesungguhnya kematian itu adalah benar dan ia adalah amat hampir.

Wallahu a'lam

No comments: