Tuesday, December 16, 2008

belajar bahasa arab #009

Adakah dengan pergi ke sebuah negara arab untuk belajar bahasa arab secara insentif selama katakan 2 bulan akan memberikan sedikit kelebihan kepada sesiapa yg berminat untuk mendalami bahasa arab? saya merasakan mungkin ini boleh membantu kerana sekurang kurangnya di negara arab tersebut kita terpaksa menuturkan bahasa arab itu kerana mereka sudah tentu tidak memahami bahasa kita.
Jadi adakah sesiapa di luar sana yang telah melakukannya? Maksud saya pergi ke negara arab dan belajar bahasa arab itu secara insentif?
Anak saya di Jordan pernah memberitahu saya pada musim panas banyak kelas kelas bahasa arab yg di jalankan kerana permintaan yg agak banyak dari para pelajar bukan arab utk mempelajarai bahasa ini.
Mungkin saya juga turut berminat utk mencubanya..tgklah jika ada rezeki mungkin saya akan ke salah satu negara tersebut

No comments: