Wednesday, July 30, 2008

Belajar Bahasa Arab #004 - Al Ismu

Al Ismu ialah kata nama yang menunjukkan benda, terdiri drpd beberapa jenis seperti yg di bawah
a- Nama Manusia (insan) contoh Ibrahim
b- Nama Haiwan (hayawan) contoh Kuda
c- Nama Tumbuhan (nabat) contoh Kurma
d- Nama Benda Mati (jamad) contoh Air
e- Nama Tempat (makan) contoh Madinah
f- Keterangan Waktu (zaman) contoh Hari
g- Keterangan Sifat (Sifat) contoh Cantik
h- Kata kerja yg di bendakan (masdar) contoh Pembukaan


Semua kata benda ini jika di tinjau dari segi jenisnya terbahagi dua samaada Muzakkar atau Muannas. Kata benda ini juga terbahagi kepada tiga bahagian dari segi jumlahnya iaitu samada tunggal, berdua, atau ramai.

Contoh kata benda bagi manusia yg jenis muzakkar ialah Ibrahim dan yg jenis muannas ialah Fatimah. Jenis yg muannats biasanya boleh dikenali jika ia berakhir dgn huruf ta marbutah contohnya madrasah. Benda yg berpasangan juga adalah muannas contoh ainun (mata), yadun (tangan) dan yg jamak taksir (jamak yg tidak berperaturan spt kutubun (buku-buku) adalah juga perkatan berjenis muannas.

Di dalam alQuran banyak terdapat perkataan yg berjenis muzakkar atau muannas contohnya perkataan jannah (muannas), radhiah (muannas), kafirun (muzakkar) dan seterusnya.

Wasallam

Friday, July 25, 2008

Belajar Bahasa Arab #003 - Haraf

Satu lagi aspek penting dalam Bahasa Arab ialah Haraf atau Kata Sendi. Haraf ialah huruf yg mempunyai makna contohnys seperti huruf 'wau' yg bermaksud 'dan' . Huruf 'wau' ini jika di letakkan di antara dua perkataan ia akan di baca sebagai 'wa' . Contohnya perkataan "bulan dan matahari" , di dalam bahasa Arab di tulis sebgai "as-shams wa al-qamar".

'Haraf' tidak perlu di kenal pasti akan jantinanya, akan jumlahnya, dan akan dhomirnya. 'Haraf' ini mengandungi beberapa kategori seperti Haraf Jar, Haraf Taukid, Haraf Nasab, Haraf Athof etc.

Sebenarnya memepelajari Bahasa Arab secara harfiah ini memang seronok dan mudah di fahami. Rujukan utama kelas ini ialah Al-Quran itu sendiri. Dengan menggunakan al_Quran ini sebagai rujukan utama, secara tak langsung kita akan dapat memahami al-Quran itu. Bak kata pepatah Melayu serampang dua mata, sambil menyelam minum air.

Wasallam