Tuesday, June 2, 2009

nota kuliah #005

10. nota kuliah #005
Kuliah Maghrib Surau at-Taqwa -- Tafsir Surah Luqman -- 24.05.09 Ustaz Nazmi

Ustaz Nazmi memberikan tafsiran beberapa ayat yg menceritakan tentang nasihat Luqman kepada anak kesayangannya. Berikut ialah sedikit catatan yg di catat:

a- Ada dua pendapat ulama tentang Luqman Al Hakim ini:
i. dia seorang nabi
ii. dia bukan seorang nabi tetapi seorang yang saleh
iii. majority ulama berpendapat bahawa Luqman hanyalah seorang yg soleh.

b- Luqman adalah seorang tukang kayu, beliau berasal dari Ethiopia, berkulit hitam. Beliau tidak tinggi, beliau seorang yg bijaksana.

c- Di dalam sejarah, ada tiga orang berkulit hitam yang sangat mulia di sisi Allah:
i. Luqman al Hakim
ii. Bilal bin Rabah
iii. Mahja' (bekas hamba Omar al Khattab

d- Luqman dieprintahkan supaya menyembelih seekor kambing dan di suruh supaya mengambil dua keping daging yg paling baik, maka beliau memilih lidah dan hati. Di suatu masa yg lain beliau di perintahkan menyembelih seekor kambing dan di suruh membawa pula dua keping daging yg paling buruk, maka beliau membawa lidah dan hati juga. Apabila beliau ditanya kenapa yg paling baik dan yg paling buruk ialah lidah dan hati, Luqman menjawab tidak ada yg lebih baik jika kedua-dua lidah dan hati ini baik dan tidak ada yg lebih buruk dari itu jika hati dan lidah itu buruk.

e- Luqman menasihatkan anaknya yg bernama Tharan tentang beberapa perkara:
i. sembah Allah sahaja dan jgn berlaku syirik kpd Allah.
ii. hendaklah engaku berlaku baik kepada kedua ibu bapa
iii.jika ada amal seberat biji sawi dan tersembunyi di dalam batu di langit atau di bumi, nesaya Allah mengetahuinya juga.
iv.dirikanlah solat, kerjakan amar ma'aruf dan nahi mungkar, bersabarlah terhadap apa yg menimpa kamu
v. jgn sombong terhadap manusia, jgn berjalan dgn angkuh
v. bersederhana dalam berjalan, lembutkan suara
vi. suara yg amat buruk ialah suara himar/keldai

Wallahua'lam