Thursday, May 21, 2009

kembara #001

kembara #001
nota-nota pendek tentang kembara saya ke beberapa buah tempat. pengalaman kembara ini saya catatkan sebagai kenangan sahaja dan semua cerita yg saya tulis berdasarkan kepada ingatan saya sahaja, tidak ada catatan atau rakaman yg khusus yg telah saya buat semasa kembara itu...

nota kembara aljazirah 2007
-- kembara haji bersama isteri, abg, dan org tua saya...pengalaman yg menarik

nota kembara lembah indus 2006
-- ke bumi mughal pulak kerana bekerja dgn sebuah sykt pembinaan...bumi mughal ini walaupun sudah agak moden tp masih lagi agak terkebelakang dari segi pembangunan fizikalnya.... tp tak berkesempatan utk melawat bollywood

nota kembara sakura 1998
-- berpeluang ke bumi sakura kerana program technical transfer knowledge... di sini cuma boleh travel masa hujung minggu sahaja

nota kembara bumi kenyalang 1993
-- tugas membawa saya ke bumi kenyalang

nota kembara uncle sam 1981-1989
--- ini pulak semasa saya menuntut ilmu di states.. semasa saya belajar tu sempat juga jalan-jalan ke beberapa tempat di usa tu ketika semester break... winter break, travel ke arah selatan; summer break, travel ke arah timur, spring break tak travel mana-mana

nota kembara union jack 1983
--- ini kembara masa zaman student...sebenarnya bukan kembara pun tapi connecting flight saya ke new york di tangguhkan selama satu hari (kalau tak silap).....

nota kuliah #004

nota kuliah #004
Kuliah Subuh Surau at-Taqwa -- Doa adalah Ibadah -- 17.08.08 Ust Syed Norhisham

Ustaz Syed Norhisham menyampaikan peringatan pendek pada Kuliah Subuh kali ini.
Berikut ialah beberapa catatan ringkas tentang tajuk pada kuliah tersebut:

a- "Dan Tuhan kamu berfirman, berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa kamu" Surah Al-Ghafir Ayat 60.
b- Jelas di sini bahawa kita semua di tuntut supaya berdoa kepada Allah kerana Allah akan perkenankan permintaan kita itu.
c- Walaubagaimanapun di sana terdapat ramai dari kalangan kita yg bertanya kenapakah doa kita tidak di makbulkan?

d- Diantara syarat-syarat supaya doa di terima:
i. Yakin
- Allah mendengar permohonan kita
- Allah tidak mensia-siakan permintaan kita
ii. Khusuk
- sepenuh hati mengharap
- sepenuh hati merendah diri
- faham apa yg dipinta
iii. Tidak Gopoh
- jgn berputus asa
- jgn bersungut
iv. Makanan/Minuman/Sumber Kewangan mestilah dari yang halal

e- Insya Allah apabila kita telah mengikut syarat-syarat tertentu di dalam berdoa, permintaan kita tentu akan dimakbulkan oleh Allah. Cumanya kita tidak mengetahu bilakan doa itu akan diperkenankan sama'ada sekarang atau kemudian atau di akhirant nanti.

Wallahu a'lam

nota kuliah #003

nota kuliah #003
Kuliah Maghrib Surau at-Taqwa -- Jihad -- 14.02.09 Ustaz Zawawi

Ustaz Zawawi mengulas tentang tajuk Jihad pada kuliah maghrib kali ini.
Berikut ialah sedikit sebanyak nota yang di catat pada kuliah tersebut:

a- Erti Jihad pada kontek yang umum ialah melakukan apa sahaja dgn bersungguh-sunguh untuk menegakkan kalimah Allah.

b. Contoh jihad pada kontek yang umum ini termasuk melibatkan diri dalam
i. pendidikan,
ii. harta,
iii. politik & ekonomi, dan
iv. da'wah.

c. Termasuk dalam Jihad Ekonomi itu ialah menyumbangkan harta kepada institusi jihad dan melemahkan ekonomi musuh dgn memboikot barangan mereka.

d- Erti Jihad pada kontek yang khusus ialah perang pada jalan Allah

e- Antara syarat wajib jihad ialah:
i. islam
ii. mukallaf
iii. lelaki
iv. kebenaran dari ibubapa
v. izin drp orang yg beri hutang

Wallahu a'lam

Tuesday, May 5, 2009

Kerjaya #003

Berbagai Jenis Projek di dalam Bidang Pembinaan

Bidang Pembinaan sangat luas. Bermacam-macam jenis projek terdapat di dalam bidang ini. Ada yang berskala besar dan ada pula yang kecil sahaja. Di antaranya ialah:

a- infrastruktur awam
i. jambatan
ii. jalanraya/lebuhraya
iii. lapangan terbang
iv. parit dan saliran

b- bangunan
i. rumah kediaman
ii. bangunan perdagangan
iii. bangunan pencakar langit
iv. bangunan industri kilang

c- kejuruteraan
i. empangan
ii. janakuasa elektrik
iii. lapangan terbang
iv. pelabuhan

d- lain-lain
i. institusi pendidikan
ii. hospital
iii. pembangunan bercampur
iv. stadium
v. dan lain lain

Di dalam sesebuah negara yang sedang pesat membangun, seperti negara kita Malaysia, bermacam-macam projek pembinaan dilaksanakan setiap tahun. Projek-projek ini dibiayai oleh pihak kerajaan atau pihak swasta. Projek seperti pembinaan institusi pendidikan atau hospital atau jalanraya biasanya dibiayai oleh kerajaan sementara projek seperti pembangunan bercampur atau bangunan pencakar langit biasanya dibiayai oleh pihak swasta.

Peluang-peluang pekerjaan dalam bidang pembinaan ini sentiasa terbuka luas.

nota kuliah #002

5. nota kuliah #002
Kuliah Maghrib Surau at-Taqwa -- Iman & Taqwa -- 11.01.09 Ustaz Farid Ravi

Ustaz Farid Ravi, pensyarah di KUIS, Bangi telah meluangkan masa beliau untuk memberikan sedikit pengisian ilmu pada kuliah kali ini. Berikut ialah beberapa perkara yang beliau kupas:-

a- Umat Nabi Muhammad saw merupakan umat yang amat beruntung kerana:
i. umat yang paling awal di adili pada hari Kiamat kelak
ii. tidak ada bencana besar yang diturunkan di dunia kepada umat ini
iii. diturunkan sebuah kitab al-Quran sebagai panduan hidup

b- Taqwa itu terdiri dari empat (4) perkara:
i. takut pada Allah
ii. syukur kepada Allah
iii. baca al-quran dan mengamalkan nya
iv. sentiasa bersiap sedia utk bertemu Allah

c- Cara untuk mendapatkan iman dan takwa
i. baca dan fahami al-quran kerana di sana terdapat banyak kesah-kesah tentang umat terdahulu juga kesah-kesah tentang hari akhirat juga kesah-kesah tentang penciptaan Allah di dunia ini yang mana semua ini membolehkan kita untuk merasai akan kebesaran Allah dan seterusnya dapat merasai manisnya iman itu
ii. kita hendaklah mengatur segala aspek kehidupan kita di dunia ini berlandaskan segala peraturan agama dengan menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram
iii. menggunakan segala nikmat yang Allah bagi kepada kita pada jalan yang diredhai misalnya diberikan kita mata maka gunakanlah untuk melihat akan kebesaran penciptaan Allah
iv. jauhilah penyakit yang dipanggil 'cintakan dunia, takutkan mati' kerana penyakit ini akan melalaikan kita dari mengerjakan suruhan Allah kerana sesungguhnya kematian itu adalah benar dan ia adalah amat hampir.

Wallahu a'lam